muak


lewat ini, entah apa yang tak kena, aku semacam sudah muak dengan atmosfera para jurucakap agama (agamawan?) di sekeliling. 

aku lihat semua (kebanyakkan) agamawan jauh dari landasan asal. 

masing-masing berlumba, mahu jadi juara.

agamawan bukan lagi yang macam aku kenal 20 tahun dulu. lulusan agama, baik dari pondok atau universiti, dalam atau luar negara, lagaknya sopan, merendah, tidak bermewah. 

kalau tak proton wira, mungkin toyota lama, atau datsun yang dimamah usia.

tapi hari ini, tanpa jawatan tetap, tanpa slip gaji, BMW, Volkswagen jadi unta merah. kalau dulu, kereta hebat-hebat, orang kaya lulusan luar negera.

kalau dulu, lepasan agama, orang tanya nak makan apa. tapi sekarang, lain. 

lain sangat.

nak tahu spec kereta? tanyalah ustaz, tak perlu cari jurutera. 

mungkin. mungkin.

ada yang kata, ini benda baik. depa nak habaq kata, mengaji agama pon buleh kaya. 

hang dengki pasaipa?!

bukan dengki la. tapi tu la. kecik-kecik dulu, ustaz-ustaz yang naik datsun lama kata, kalau beli KFC, nak bawak masuk rumah, sembunyi. kalau jiran nampak, teringin, tak bagi, berdosa! haram!

tapi lani, ustaz-ustaz muda, dok upload gambaq kereta depa. bukan proton saga. habih tak dak, honda.

mengajaq tak tegha mana. dok menyanyi, dok buat lawak, tapi bukan semua la.

Ulasan